Thursday 21 July 2011

ADAB MAKAN DAN MINUM

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan 
tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan 
tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan 
tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." 
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Kesimpulan Hadis: 

1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di 
    antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia
    menyerupai syaitan. 
2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah 
    di dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah. 
3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai 
    perbuatan syaitan.

No comments:

Post a Comment