Thursday 21 July 2011

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w 
pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya 
dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari 
berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah 
semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). 
Kesimpulan Hadis: 
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.
    Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini
    ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya
    kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai 
    kaum perempuan. 

No comments:

Post a Comment